Ahad

Khasiat Buah Strawberi





  • Strawberi bukan sahaja cantik buahnya, tapi banyak juga khasiat. Aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi dihasilkan.
  • Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki
  • 200 biji kecil. Ada sekitar 700 jenis strawberi.
  • Salah satu jenis spesiesnya bernama Fragaria Chiloensis L. Jenis ini yang banyak terdapat di negara Amerika, Eropah dan Asia.
  • Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana ia kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.
  • Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.
  • Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.
  • Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.
  • Aiskrim berperisa strawberi yang enak.
  • Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.
  • Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.
  • Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.
  • Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.
  • Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dicukupi oleh lapan buah strawberi (98mg). Keperluan serat juga sekali gus boleh dipenuhi.

PETUA PENYIMPANAN

  • Hati-hati dalam menyimpan buah ini, kerana strawberi yang sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama.
  • Strawberi biasanya dapat tahan empat hari tetapi di dalam peti ais, kalau kena caranya, boleh tahan sehingga sebulan.
  • Atur buah secara satu-satu terpisah, lalu bekukan. Setelah beku, siram dengan air dan masukkan ke dalam plastik, dan dibekukan kembali.
Photobucket


Khasiat Bunga Cengkih

Khasiat Bunga Cengkih | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA


Bunga cengkih mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kebaikan kesihatan kita. Ianya mempunyai rahsia untuk mencegah penyakit darah tinggi, diabetes & jantung. (Dengan izin Allah SWT)

Caranya: Setiap hari ambil dalam 10 butir bunga cengkih (5 butir waktu pagi, 5 butir waktu malam) dan dikemam/diisap seperti kita mengambil gula-gula. Buat sehingga hilang atau kurang rasa pedasnya. (Dalam 10 - 15 minit).

Selalulah amalkan, insyaAllah.

Photobucket


Rahsia tahi lalat


rahsia tahi lalat

  • Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kanan - Banyak rezeki, pandai
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir atas kiri - Ramai kawan, baik hati
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kanan - Disegani orang, ramai yang suka
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Bibir bawah kiri - Pandai bicara, tak mudah kalah
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kanan - Cerdas, jujur, berani menderita
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Leher kiri - Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Leher di tengah - Tercapai cita-cita
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kanan - Suka serong dan pembohong
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Biji mata kiri - Pembohong tetapi baik hati
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kanan - Baik hati, sopan santun, cerdas
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mata kiri - Baik budi, murah rezeki
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kanan - Agak mengalami kesulitan
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Punggung kiri - Malas dan suka duduk
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kanan - Suka berhibur, boros
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Betis kiri - Rajin, tidak suka menganggur
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kanan - Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Lutut kiri - Kurang kuat berusaha
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kanan - Terkabul cita-cita
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah kiri - Sering menemui kesusahan
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Kepala sebelah belakang - Jujur, sabar dan tekun
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kanan - Cerdas dan cekap
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Kening kiri - Cerdas dan sopan santun
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah kening - Keras hati dan berani segala hal
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kanan - Kecil rezeki, tak mudah kalah
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Hujung mulut kiri - Suka berpoya-poya
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kanan - Dapat menyimpan rahsia
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Ketiak kiri - Jujur, banyak yang cinta
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kanan - Suka keluar rumah
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan kaki kiri - Kehendak kuat
  • Rahsia Tahi Lalat Pada atang hidung - Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pada hidung - Banyak rezeki
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kanan- Jujur dan baik hati
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Dagu bawah kiri - Bijaksana, dan berbudi luhur
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Kemaluan kanan atau kiri - Baik, suka senggama
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Di kepala kemaluan (lelaki) - Bakal beristeri dua
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kanan - Jujur dan banyak kawan
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Tumit kiri - Baik budi
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kanan - Suka menolong dan baik hati
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Alis kiri - Ramai yang suka
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kanan - Kemahuan kuat
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pangkal peha kiri - Suka kerja apa pun
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tak mudah mengeluh
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kanan - Suka menolong
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Jari kaki kiri - Berbudi, suka berbuat baik
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kanan - Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Bahu kiri - Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kanan - Baik hati, pendiam, simpan rahsia
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Buah dada kiri - Ramai kawan, setia pada pasangan
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kanan - Setia dan taat pada atasan
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Lengan kiri - Menepati janji dan rajin
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pipi kanan - Ramai teman
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kanan- Ramai yang suka
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Tengah-tengah pipi kiri - Ramai teman
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Ubun-ubun - Kurang jujur
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat - Cerdas, tangkas, tekun
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kanan - Sejahtera dalam hidup
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pusat bahagian kiri - Beroleh kemuliaan
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kanan - Sayang pada pasangan hidup
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pinggang kiri - Disayang pasangan hidup
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kanan - Dapat mengatasi masalah
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Dada kiri - Berani, jujur dan sabar
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kanan - Tidak mudah mengeluh
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Telapak kaki kiri - Baik budi pekertinya
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kanan - Kuat ingin memiliki kejayaan
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Siku tangan kiri - Baik hati, suka menolong
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kanan - Serba beroleh keuntungan
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Jari tangan kiri - Serba baik bekerja
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kanan - Banyak rezeki tetapi boros
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Jari telapak tangan kiri - Banyak rezeki dan cermat
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kanan - Boros, suka bersukaria
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pergelangan tangan kiri - Dapat berpangkat
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kanan - Banyak rezeki, suka memberi maaf
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Perut bawah kiri - Baik hati, tenang hidupnya
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan dalam - Disayang suami atau isteri
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kiri dalam - Tidak mudah dilupakan pasangan
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Sudut mata kanan luar - Baik budi, ramai yang cinta
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kiri - Murah rezeki, dapat jadi kaya
  • Rahsia Tahi Lalat Pada Pelipis kanan - Serba berhasil dalam usaha
  • Kelopak mata kanan atas - Baik hati, ramah, berjaya
  • Kelopak mata kiri atas - Baik budi, ramai yang suka
  • Kelopak mata kanan bawah - Agak malas
  • Kelopak mata kiri bawah - Agak bodoh, kurang bijaksana

Janganlah percaya 100% ye..............................

Photobucket



Rahsia makna ejaan pada nama


Rahsia makna ejaan pada nama | Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA


Cuba eja nama anda. Kemudian lihat siapa anda jika mengikut firasat di bawah ini:
A – anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
B – anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C – anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D – anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E – anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).
F – semua orang menyayangi anda.
G – anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H – anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.
I – anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
J – anda seorang yang cemburu.
K – anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L – anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.
N – anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O – anda seorang yang berfikiran terbuka.
P – anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q – anda seorang hipokrit.
R – anda seorang yang gemar social.
S – anda sangat broad-minded (fikiran terbuka).
T – anda ada sikap canggih, amat canggih.
U – anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
V – fizikal anda baik sekali.
W – anda suka menyendiri.
X – anda tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut anda buat.
Y – anda selalu penyebab pada banyak masalah.
Z – anda selalu bergaduh dengan seseorang.

Tak semestinya betul, harus salah. Sekadar suka-suka dan mungkin panduan untuk mengenali diri sendiri dan juga orang lain. Ikut pemerhatian saya selalunya ada kena mengena dan betul. Jika betul itu kebetulan, jika salah itu juga kebetulan. Yang betul dan baik rangsang terus, yang salah dan tak baik gantikan dengan yang baik atau hapus terus. - Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj -
Contoh:-
I – anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.
A – anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
M – kejayaan mudah datang kepada anda.

- Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj -
Photobucket

Khasiat Air Kelapa



AIR kelapa bukan sahaja sebagai air minuman penghilang dahaga terutamanya ketika musim panas. Tetapi, sebenarnya buah kelapa memiliki banyak khasiat dan nilai gizi makanan yang hebat. Hasil kajian mendapati kelapa mempunyai banyak faedah terutamanya apabila diproses dan diolah dengan betul dan baik. Selain diminum, air kelapa juga boleh diproses sebagai nata de coco, ais krim, dan minuman kesihatan (energy drink).

Hasil kajian juga mendapati air kelapa kaya dengan potasium (kalium). Selain mineral, air kelapa juga mengandungi gula (antara 1.7 hingga 2.6 peratus) dan protein (0.07 hingga 0.55 peratus). Selain itu kandungan komposisi gizi itu air kelapa juga berpotensi dijadikan bahan produk perusahaan desa.

Jika di Filipina, air kelapa diproses untuk pembuatan minuman, jelly, alkohol, cuka, dan nata de coco. Manakala di negara kita air kelapa digunakan untuk minuman (air kelapa muda) dan bahan asas pembuatan produk nata de coco. Lebih istimewanya air kelapa juga boleh dimanfaatkan untuk bahan perubatan tradisional dan perawatan kecantikan.

Tidak kurang hebatnya juga isi buah kelapa muda cukup baik untuk dimakan terutamanya bagi kanak-kanak yang menderita kekurangan gizi makanan (nutritional deficiency).

Air kelapa memiliki cita rasa yang isitimewa di samping itu, air kelapa juga mempunyai banyak kandungan gizi di dalamnya terutama mineral yang sangat baik untuk tubuh manusia. Selain itu unsur karbon dalam air kelapa berupa karbohidrat sederhana seperti glukosa, sukrosa, fruktosa, sorbitol, dan inositol. Unsur nitrogen pula terdiri dari protein seperti asam amino, alin, arginin, alanin, sistin, dan serin. Kajian dapati kadar asam amino air kelapa lebih tinggi berbanding asam amino dalam susu sapi.

Selain karbohidrat dan protein, air kelapa juga mengandungi unsur mikro berupa mineral yang diperlukan dalam tubuh. Mineral tersebut di antaranya kalium (K), natrium (Na), kalsium (Ca), magnesium (Mg), ferum (Fe), cuprum (Cu), fosfor (P), dan sulfur (S). Lebih menariknya dalam air kelapa mempunyai berbagai vitamin. Seperti vitamin C dan berbagai asam seperti, asam nikotinat, asam pantotenal, dan asam folat. Vitamin B kompleks yang dikandungnya antara lain niacin, riboflavin, dan thiamin.


Sarat khasiat

Kelapa atau nama saintifiknya Cocos nucifera ini juga dikenali dengan nama “Wonder Food”. Ia dipanggil disebabkan banyak kandungan nutrisi di dalam buah kelapa itu diperlukan oleh tubuh kita.

Di beberapa negara kelapa merupakan buah yang berkait dengan mitos dan budaya malah dipanggil buah ajaib kerana perananya sangat penting dalam berbagai ritual keagamaan dan adat. Dalam upacara keagamaan Hindu, kelapa dipanggil Tree of Heaven kerana kelapa dipercayai dapat membawa kekuatan, kesiehatan, umur yang panjang dan kedamaian.

Kandungan mineral yang terkandung dalam kelapa juga mempunyai protein berkualiti tinggi iaitu baik untuk pertumbuhan dan perbaikan sel-sel dalam tubuh. Airnya dikenali sebagai air mineral dan merupakan minuman penyegar. Kandungan gula yang terdapat pada air kelapa pula senang diserap oleh tubuh. Air kelapa juga merupakan tonik yang t baik untuk menjaga kesihatan tubuh kita.

Air yang terdapat dalam buah kelapa cukup untuk memenuhi keperluan tubuh iaitu vitamin C dalam sehari. Seperti yang kita ketahui, walaupun kandungan nutrisi yang terkandung dalam air kelapa p tinggi namun ia bersifat isotonik. Air kelapa mudah memiliki komposisi mineral dan gula yang sempurna sehingga mempunyai keseimbangan elektrolit yang sempurna sama dengan cairan tubuh manusia.



Selain itu, komposisi mineral yang terkandung dalam air kelapa juga mempunyai potensi besar untuk dikembangkan sebagai minuman isotonik.

Penggunaan air kelapa telah dipratikkan semenjak dulu lagi kerana orang tua-tua sering memberi kelapa muda hijau ketika menderita demam atau campak. Mereka yakin dengan air kelapa mampu menurunkan panas dalam tubuh. Ketika demam, air kelapa dan air putih diminum secara berselang seling untuk mengurangi panas dan rasa sakit.

Minuman air kelapa muda dan memakan isinya dapat meredakan mulut kering, demam, penyakit diabetes. Selain itu, minum air kelapa muda dipercayai boleh membuang racun dalam darah. Namun perlu diketahui terlalu banyak minum air kelapa muda menyebabkan sedikit rasa lemas.

Bagi yang memiliki gangguan pada tulang, disarankan tidak mengambil air kelapa secara berlebihan.
Selain itu, kepercayaan dulu juga disarankan ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.


Air kelapa juga dikenalpasti sebagai ubat tradisional kuno yang sangat berkesan membasmi berbagai jenis cacing di dalam usus. Malah, ia juga sangat baik diminum pada waktu pagi sebelum mengambil makanan lain. Air kelapa berkesan untuk pesakit yang menderita gastrik.

Di samping itu, air kelapa juga berkhasiat dalam penyembuhan sakit colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir. Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut. Selain itu air kelapa yang ditambah madu, sangat baik untuk diminum ketika hendak tidur dan berkesan untuk mereka yang menghidap batuk kering.

Bagi pesakit kolera, campuran jus jeruk nipis dan air kelapa cukup perkesan untuk penyembuhan. Air kelapa bersifat diuretic sehingga sesuai untuk mengobati kerosakan pelbagai penyakit lain.


Photobucket

33 PETUA / TIP KURUSKAN BADAN


Koleksi PETUA Tradisional, tips, information of MALAYSIA

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.



Photobucket

Rabu

SAMBAL SOTONG KERING

SAMBAL SOTONG KERING


Bahan-bahan

  1. 600 gm sotong kering
  2. 1 biji bawang besar (dihiris kasar)
  3. 6 ulas bawang merah
  4. 20 tangkai cili kering
  5. Sedikit belacan
  6. Sedikit air asam
  7. Garam, minyak masak dan gula pasir

Cara membuatnya:

  1. Kisar bawang merah, cili kering dan belacan.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan yang telah dikisar tadi hingga garing.
  3. Masukkan bawang besar dan dikacau seketika.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa. Apabila mendidih, masukkan sotong, garam dan gula pasir. Masak hingga pekat.

Selamat mencuba!


Photobucket

AYAM KICAP DAUN KARI

Ayam Kicap Daun Kari

Dscn6842


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • Klik di sini untuk isi bahan
  • Bahan-bahan: 500 gm ayam segar (basuh & toskan) 5 ulas bawang putih (tumbuk halus) 2 cm halia (tumbuk halus) 2 btg serai (tumbuk halus) 6 tangkai cili kering (kisar halus) 6 ulas bawang merah (mayang) 10 helai daun kari. 2 sudu makan kicap manis dan 6 sud

Cara-cara

  1. -Gaul ayam dgn bahan tumbuk, cili kisar, serbuk kunyit, kicap manis selama 30 minit. - Tumis bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam yg telah diperap tadi dan gaul. Kemudian masukkan daun kari, gaul dan tutup selama 5 min. Masukkan 1 cawan air dan biarkan selama 10 minit. Masukkan kicap masin dan sos cili. Masaklah ayam sehingga kuahnya agak pekat. Jika suka tambah aji-no-moto sedikit. *Sedap dimakan dengan nasi putih. *Mudah dan ringkas.....cubalah dan sila respon..tq.
Photobucket

Ulam Jantung pisang

Ulam Jantung pisang




Bahan - bahan

tomato- 2 biji

cili api - 4 biji

bawang putih - 2 ulas

cili hijau - 1 biji

bawang besar- 1 labu

air asam jawa - 2 cawan

garam

gula

Cara-cara:
Tumbuk cili api dan bawang putih.
Hiris bawang besar, tomato dan cili hijau.
Satukan semua bahan, tambahkan air asam serta tambahkan garam dan gula
Photobucket

KEK KUKUS COKLAT MOCCA

Kek Steamed Chocolate Mocca

\


Material A

250 gm butter
1 cup powdered koko
1 cup brown sugar / caster sugar
1 cup whole milk
1 s / b Nescafe
½ cup sweet milk

Material B
2 seed egg
1 tsp vanilla Esen

Material C
1 1 / 4 cup wheat flour}
1 tsp baking powder in sifter together}
1 / 2 tsp bicarbonate of soda}

How to:
1. Combine all ingredients in periok on fire A simple .... Messed up liquid and all sebati, berketul2 no lah. Let lukewarm.
2. At Esen eggs with vanilla until fireworks. Enter into a adunan koko [No. 1].
3. Enter in the sifted flour that has been bit by louder while digaul until sebati.
4. Heat a steamer.
5. Pour adunan in the reference.
6. Steam for 1 hour or so to cook with fire a simple reply. A small reference require the steaming period is shorter.
Photobucket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...